Followers

Punca Sebenar PENJARA PUDU ditutup.. ( KISAH BENAR )

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur   di suatu ketika dulu.. Hanya   boleh disebarkan pada orang2   tertentu sahaja...       Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu   pernah diceritakan bahawa terdapat   satu bilik dipanggil "Bilik   Terakhir". Dibilik inilah ...seringnya   berlaku kejadian pelik sejak Penjara   Pudu ditutup.       Dinamakan "BILIK   TERAKHIR " adalah kerana dulu ia   merupakan bilik kediaman terkahir   bagi si pesalah jenayah berat   sebelum menjalani hukuman gantung   sampai   mati pada keesokan harinya dibilik   gantung.       Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah   dikatakan akan meratap,menangis,   menjerit, bercakap seorang diri dan   berbagai lagi perlakuan kerana   menyesali kesalahan mereka yang   lalu. Mereka menjadi begitu kerana   dikatakan tidak kuat semangat   menghadapi maut keesokan harinya yang   telah diketahui mereka.       Menurut kata   warden-warden yang masih ada di   Penjara Pudu sewaktu proses   pengosongan Penjara Pudu dijalankan,   mereka sering terdengar suar a-suara   sayu meminta tolong, suara orang   menangis dan bermacam-macam lagi   dari Bilik Terakhir tesebut.       Tak kurang juga ada diantara warden yang   terlihat seekor kambing hitam   sering masuk menembusi pintu bilik   itu tanpa dibuka dan kemudian tidak   pula kelihatan kambing keluar semula..       Ramai bomoh dan pawang yang   dipanggil bagi memulihkan bilik   tersebut   mengatakan bahawa suara-suara yang   sering kedengaran diwaktu malam   dari Bilik Terakhir itu adalah   akibat roh-roh pesalah yang mati ditali   gantung tersebut tidak tenteram   kerana mati mereka ditali gantung.       Nak dijadikan cerita pada suatu   malam Jumaat ketika hujan   renyai-renyai seorang warden telah   ditugaskan mengawal kawasan yang   berhampiran dengan "Bilik Terakhir"   itu. Ketika sedang berkawal   kira-kira lebih kurang pukul 01:00   pagi beliau terdengar seperti tapak   kaki sedang berlari-lari berhampiran   bilik tersebut.       Ia cuba beranikan diri untuk untuk   melihat apakah bendanya itu.Sedang   ia mengamat-amati maka terlihatlah   dalam kesamaran seekor kambing   hitam sedang menuju kearah Bilik   Terakhir itu lalu lesap begitu saja.   Ia berasa harian bagaimana seekor   kambing boleh ada dikawasan itu?   Oleh kerana ingin tahu ia beranikan   juga diri menghampiri Bilik   Terakhir itu.       Alangkah terperanjatnya mendapati   pintu bilik itu telah bertukar   menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa   gementar, seram serta menggigil   ketakutan namun diberanikan juga   diri memasuki pintu gua yang   samar-samar itu sambil meninjau-   ninjau didalamnya jika terlihat akan   kambing tadi. Apabila apabila sampai   je kedalam gua tersebut alangkah   terperanjatnya ia bila didapati   banyak harta karun dalamnya.... Ia cuba   mengambil harta itu tetapi tiba-tiba   hilang dari pandangan lalu   menjelmalah satu lembaga yang   mengerikan seraya berkata,                   "Heyyyyyy manusiaaa.. Jangan awak   sentuh harta itu.. Hartaaaa itu bukan   kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad   Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha   Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang   punyaaaaaa ... "           udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja.......... ......... .....           Tahniah kerana minat membaca.               p/s:-kita pun terkena...so apa salahnya post sini bagi u all gak terkena haha ilek2

No comments: